Saturday, December 29, 2012

Kemahiran Komunikasi

Definisi Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak lain (penerima).

eBook - Communication Theory (Sumber: EbookCommunicationTheory)


5 Langkah Komunikasi:-
  • Pengirim membentuk idea
  • Pengirim mengekodkan idea dlm satu mesej
  • Mesej akan melalui saluran komunikasi
  • Penerima mendekod mesej tersebut
  • Maklum balas dihantar kepada pengirim

Model-Model Komunikasi

Model Komunikasi Linear
~Komunikasi sehala. Pengirim menghantar mesej kepada penerima.

Model Komunikasi Interaksional
~Komunikasi dua hala. Melibatkan maklumbalas antara pengirim dan penerima.

Model Komunikasi Transaksional
~Komunikasi di mana kedua-dua pengirim dan penerima menghantar mesej, menerima mesej atau kedua-duanya serentak.



__________________________________________________


MEMAHAMI KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Slide Komunikasi Berkesan
Sumber: www.nre.gov.my

Jenis-Jenis Komunikasi



1. Komunikasi Lisan
  • Perbendaharaan kata
  • Kelajuan
  • Intonasi
  • Humor
  • Singkat dan jelas


2. Komunikasi Bukan Verbal

  • Ekspresi wajah
  • Pandangan mata
  • Sentuhan
  • Gaya tubuh
  • Gerak isyarat
  • Prosemik
  • Artifak

3. Komunikasi Bertulis
  • Surat rasmi
  • Surat tidak rasmi
  • Memo
  • Emel
  • Tulisan ilmiah





Bentuk-bentuk Komunikasi

1. Komunikasi Intrapersonal
2. Komunikasi Interpersonal
3. Komunikasi Organisasi
4. Komunikasi Awam
5. Komunikasi Silang Budaya
6. Komunikasi Berasaskan Teknologi


Sumber: Youtube

Penggunaan Laras Bahasa


1. Laras Biasa/Umum
2. Laras Ilmiah
3. Laras Agama
4. Laras Undang-Undang
5. Laras Sastera


Halangan-Halangan Komunikasi

1. Halangan Persekitaran
2. Halangan Sikap Penghantar
3. Halangan Sikap Penerima
4. Halangan Bahasa
5. Halangan Maklumat Kurang Tepat

Artikel Sukar Komunikasi Dek Sibuk Facebook
KEGHAIRAHAN individu terutama remaja menggunakan laman sosial facebook, Yahoo Messenger, Twitter serta laman sembang yang lain banyak mengundang masalah...(Baca artikel penuh)


Aspek Keberkesanan Berkomukasi

1. Latar belakang penghantar dan penerima maklumat
2. Mendengar dengan baik dan efektif
3. Bersikap positif


Sunday, December 16, 2012

Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik


PEMIKIRAN KRITIS


Artikel Pemikiran Kritis Pencetus Budaya Inovasi
PEMIKIRAN kritis adalah satu kemahiran pemikiran penting yang perlu dikuasai rakyat sesebuah negara yang inginkan kemajuan. (baca artikel selanjutnya...)
Sumber: Berita Harian (2011)










Otak kiri :
logik, analitik berurutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan

Otak kanan
kreativiti, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Bahasa Greek, krino- bermaksud memilih, memutuskan keputusan, atau menilai. Krites adalah seseorang yang membezakan, menilai atau menimbangkan. Kritikos mempunyai keupayaan untuk membeza dan membuat keputusan. 

Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau judge (asal ‘kritis’)

Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’. 

Pemikiran kritis 
~ aktiviti di dalam otak > proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku. 
~ pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.

Orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. (Maimunah 2004)

“Pemikiran kritikal adalah satu bentuk pemikiran yang luar biasa kerana ia berada di luar skop pada apa yang dikritik dalam mengkritik sesuatu. Ianya sesuatu andaian yang jarang berlaku kerana selalunya pengkritik hanya melihat dari sudut yang kecil mengikut pemahamannya sahaja” – Edward de Bono




Sikap Pemikir Kritis Yang Baik
  • Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
  • Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
  • Ingin tahu dan minda terbuka.
  • Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.
  • Sentiasa mencari alternatif.
  • Sensitif terhadap perasaan orang lain.

Sumber: Youtube (zaharimaths2011)

__________________________________________________


LOGIK


Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara. Secara amnya ia difahami sebagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia, iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.


Logik berasal dari perkataan Yunani : “Logos” yang memberi maksud pengucapan, pernyataan, pemikiran akal & sebab.

Symbolic Logic (PDF)
Sumber: Department of Philosophy,University of British Columbia



Logik Deduktif
  • Menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada khusus. 
  • Berkait dengan logik klasik Aristotle. 
Contoh :
’Semua manusia bernafas dengan menggunakan oksigen’.
’Ali ialah seorang manusia’.
Oleh itu, Ali bernafas dengan menggunakan oksigen.


Logik Induktif
  •  Menyatakan kesimpulan daripada yang khusus kepada umum. 
  • Dikenali sebagai kaedah Bacon yang dipelopori oleh Francis Bacon mempunyai kaitan rapat dengan logik moden. 
Contoh :
 ‘Gagak itu berwarna hitam, maka semua gagak berwarna hitam’.



__________________________________________________



MASALAH




eBook - Masalah 
Sumber: TerrerBytes, BIT13, UKM



Thursday, December 13, 2012

Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan


Kepimpinan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).  

Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). 

Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.



Slide Kajian Kepimpinan
Sumber : Kumpulan TerrerBytes, BIT 13, UKM






__________________________________________________


Konsep Kepimpinan  

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami.

Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengan sesebuah organisasi:

Kepimpinan ialah “satu proses  interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955). 

Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahliahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama” (Gribben 1972).  

Pemikir lain berpendapat bahawa “kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama” (Koontz 1984).  

“Kepimpinan melibatkan  kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988).  

Dalam tulisannya “Leadership Dynamic”, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama”.  




Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan seperti berikut:


  1. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. 
  2. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri  yang mantap. 
  3. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
              a. menetapkan matlamat
              b. menyusun
              c. mengarah dan menyelaras
              d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.  
  1. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. 
  2. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.  
  3. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.  
  4. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.  

Gaya Kepimpinan





Firman Allah SWT dalam surah asy-Syu’araa’ ayat 215-217, Maksudnya:

“Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesunguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani”.



__________________________________________________

Sumber: Youtube


KERJA BERPASUKAN

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Artikel Kejayaan Kerja Perpasukan:
KEMENANGAN acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) sebagai Program Hiburan Terbaik di Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) adalah hasil kerjasama berpasukan antara Jabatan Pengarang, terutama Unit Hiburan Berita Harian dengan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIM). (baca artikel penuh)
Sumber: http://www.bharian.com.my/ (2010)



Wednesday, December 12, 2012

Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat


Sebagai manusia, belajar adalah satu kemestian. Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tetapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu khususnya dalam profesion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain. Ketepatan dan kecekapan maklumat adalah antara faktor utama dalam pembelajaran sepanjang hayat. 

Aspek ini menjadi keutamaan dalam pencapaian matlamat sepanjang hayat. Perkembangan ini sewajarnya berterusan sepanjang kehidupan individu itu terutama semasa tempoh pendidikan formal yang dilalui.

__________________________________________________

KEPENTINGAN KAMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai peringkat kehidupan yang berbeza dan oleh kerana itu adalah amat perlu untuk mendapatkan maklumat secara berterusan. Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu supaya aktif demi kebaikan diri sendiri.

Kepentingan di peringkat individu:
  • Membantu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya.
  • Mengembangkan potensi seseorang melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan memperluas pengalaman hidup supaya berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin dan kreatif.

Kepentingan di peringkat organisasi:
  • Membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan.
  • Membantu memperbaiki kedudukan pasaran.
  • Membantu memperbaiki komunikasi antara pekerja dan meningkatkan sinergi antara pekerja. 
  • Membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.

Oleh Dr Azwira Abdul Aziz, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah , 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


__________________________________________________


PENGURUSAN MAKLUMAT



Slide Pengurusan Maklumat
Sumber: TerraBytes, Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, UKM







__________________________________________________



PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)


Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri.

Konsep dan konteks PSH:

  • Home Schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
  • Pendidikan dewasa yang berkonse formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
  • Latihan dalam perkhidmatan (job training) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
  • Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri. Contohnya eBook: Membentuk Keperibadian Cemerlang (Sumber: http://www.hidet.blogspot.com/)


Artikel Belajar Sepanjang Hayat:
Ahad lalu, saya berkesempatan berkongsi buah fikiran dalam Program Bicara Hebat sempena Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Perkongsian dalam program ini membangkitkan semangat dan kesedaran mengenai pentingnya melalui kehidupan seharian dengan ‘semangat cinta belajar’..... (baca artikel penuh)
Sumber: http://www.bharian.com.my/ (2012)