Sebagai manusia, belajar adalah satu kemestian. Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tetapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu khususnya dalam profesion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain. Ketepatan dan kecekapan maklumat adalah antara faktor utama dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Aspek ini menjadi keutamaan dalam pencapaian matlamat sepanjang hayat. Perkembangan ini sewajarnya berterusan sepanjang kehidupan individu itu terutama semasa tempoh pendidikan formal yang dilalui.
__________________________________________________
KEPENTINGAN KAMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai peringkat kehidupan yang berbeza dan oleh kerana itu adalah amat perlu untuk mendapatkan maklumat secara berterusan. Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu supaya aktif demi kebaikan diri sendiri.
Kepentingan di peringkat individu:
- Membantu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya.
- Mengembangkan potensi seseorang melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan memperluas pengalaman hidup supaya berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin dan kreatif.
Kepentingan di peringkat organisasi:
- Membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan.
- Membantu memperbaiki kedudukan pasaran.
- Membantu memperbaiki komunikasi antara pekerja dan meningkatkan sinergi antara pekerja.
- Membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
Oleh Dr Azwira Abdul Aziz, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah ,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber: Youtube (Islah Perlis)
__________________________________________________
PENGURUSAN MAKLUMAT
Slide Pengurusan Maklumat
Sumber: TerraBytes, Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, UKM
__________________________________________________
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri.
Konsep dan konteks PSH:
- Home Schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
- Pendidikan dewasa yang berkonse formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
- Latihan dalam perkhidmatan (job training) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
- Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri. Contohnya eBook: Membentuk Keperibadian Cemerlang (Sumber: http://www.hidet.blogspot.com/)
Artikel Belajar Sepanjang Hayat:
Ahad lalu, saya berkesempatan berkongsi buah fikiran dalam Program Bicara Hebat sempena Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Perkongsian dalam program ini membangkitkan semangat dan kesedaran mengenai pentingnya melalui kehidupan seharian dengan ‘semangat cinta belajar’..... (baca artikel penuh)
Sumber: http://www.bharian.com.my/ (2012)
No comments:
Post a Comment